Monday, 26 October 2015
Peranan Masyarakat Menghindari Penyakit Berbahaya
Pengabaian penjagaan kesihatan oleh masyarakat masa ini menyebabkan bertambahnya kes penyakit berbahaya. Berdasarkan pernyataan di atas tulis sebuah rencana tentang "peranan masyarakat menghindari penyakit berbahaya" untuk dimuatkan dalam ruangan pendapat pembaca sebuah akhbar tempatan.
Pengenalan
Pada era globalisasi ini, masyarakat tidak lagi memberi keutamaan kepada kesihatan mereka. Hal ini kerana mereka lebih bersikap materialistik dan tidak menghiraukan kesihatan. Setiap orang harus mengamalkan gaya hidup yang sihat supaya dapat mewujudkan masyarakat yang sihat dan berkualiti. Gaya hidup sihat didefinisikan sebagai satu keadaan fizikal, minda dan sosial yang sihat, cergas, cerdas serta bebas daripada sebarang penyakit. Penjagaan dari segi pemakanan juga merupakan gaya hidup sihat kerana dapat menghasilkan masyarakat yang bebas penyakit dan sihat dari segi mental dan fizikal. Langkah-langkah untuk menghindari penyakit harus diambil dengan segera sebelum terlambat. Bak kata pepatah Melayu " Mencegah lebih baik daripada mengubati!'"
Isi 1
Langkah pertama yang harus diambil adalah mengamalkan pemakanan yang seimbang dalam kehidupan seharian. Hal ini kerana amalan pemakanan dapat membantu seseorang untuk menghindari daripada pelbagai jenis penyakit. Amalan pemakanan yang sihat adalah elakkan makanan ringan dan bergas. Makanan berkhasiat serta yang mengandungi zat-zat yang diperlukan dalam tubuh badan manusia seperti makanan yang mengandungi tujuh nutrin yang diperlukan dalam tubuh badan. Pemakanan yang seimbang akan mendatangkan pelbagai jenis sumber tenaga di dalam tubuh badan. Oleh itu, pemakanan yang seimbang amat penting untuk menjaga kesihatan tubuh badan serta mewujudkan masyarakat yang sihat.
Isi 2
Langkah seterusnya adalah kebersihan diri dan persekitaran amat penting untuk menghindari sesuatu penyakit. Hal ini disebabkan persekitaran yang tidak bersih akan menyebabkan seseorang untuk menghidap pelbagai penyakit yang tidak dapat dijangka. Sebagai contoh, deman denggi, malaria dan pelbagai penyakit yang lain akan mula aktif untuk berebak. Masyarakat setempat harus bekerjasama untuk membersih kawasan perumahan mereka supaya dapat mengelakkan diri dan penduduk setempat daripada dijangkit penyakit. Masyarakat setempat boleh menjalankan gotong-royong untuk membersihkan kawasan perumahan mereka. Oleh yang demikian, kebersihan diri dan persekitaran adalah amat penting untuk menjamin kesihatan seseorang individu.
Isi 3
Selain itu, senaman juga merupakan salah satu langkah untuk menghindari penyakit. Senaman dan aktiviti luaran dapat menenangkan mental serta fizikal seseorang individu. Hal ini dapat mengurangkan tekanan serta mengimbangkan emosi seseorang. Aktiviti senaman harus dilakukan sekurang-kurangnya tiga kali seminggu supaya dapat menghasilkan badan yang cergas dan sihat. Senaman dapat meringankan badan serta mental yang penuh dengan pelbagai masalah seharian. Oleh itu, senaman memainkan peranan penting dalam kehidupan masyarakat untuk menghindari daripada penyakit.
Kesimpulan
Secara kesimpulannya, kesihatan adalah komponen utama yang perlu diberi perhatian oleh setiap individu. Langkah-langkah ini dapat mewujudkan masyarakat yang sihat dari segi mental dan fizikal. Selain masyarakat, pihak-pihak lain juga harus memainkan peranan mereka untuk menghasilkan masyarakat yang sihat. Pihak kerajaan boleh mengadakan kempen gaya hidup sihat untuk meningkatkan kesedaran tentang pentingnya kehidupan yang sihat. Bak kata pepatah "sediakan payung sebelum hujan ".
Subscribe to:
Posts (Atom)