Thursday, 19 November 2015

Keranamu Malaysia

Tanah airku yang tercinta,
Demi mempertahankan mu nyawa pejuang dipertaruhkan,
Nyawa ditaruh untuk mewujudkan suasana yang aman,

Keranamu,
Pelbagai kaum dan bangsa melahir,
Kewujudan pelbagai bangsa, mengharmonikan mu,
Pelbagai budaya mula menyebar dengan mewarnai mu,

Keranamu,
Lahirlah pelbagai cendakiawan, sasterawan, pendeta dan pahlawan,
Generasi muda yang lahir semakin bijak pandai dalam teknologi,
Ia meningkat mutu dan mengharumkan namamu di persada,

Keranamu,
Bersama kami berjuang,
Bersama kami maju,

Itulah erti Keranamu Malaysia.