SEJARAH PENGANGKUTAN
1. JENTOLAK
- Jentolak ialah dikeluarkan oleh syarikat pembinaan di Jerman. Jentolak mampu menghasilkan tenaga sebanyak 3000 hp dan digunakan dalam bidang perlombongan industri berat. Jentolak mula diperkenalkan pada 2009, mampu membawa kapasiti sebanyak 400 tan. Jentolak ini juga berukuran 4.88 meter tinggi dan 11.72 meter panjang.
2. JENTOLAK KREN.
- Sejarah jentolak kren agak sama dengan jentolak. Sejarah yang boleh wujudnya jentolak kren adalah kerana ahli pembinaan terfikir macam mana hendak mengurangkan tenaga pekerja yang digunakan untuk mengangkat barang terutamanya mengangkat barang yang berat di tempat yang tinggi.
3. KAPAL TERBANG
- Sejenis pesawat yang digunakan untuk mengangkut manusia atau penumpang. Kapal terbang ini telah melancarkan penerbangannya yang pertama pada tahun 1913. Oleh itu, lahirlah sebuah penerbangan komersial. Kemudian, kapal terbang berkembang pesat selepas perang dunia ke-2. Jenis kapal terbang:
i) pesawat badang luas(penerbangan jarak jauh)
ii)pesawat badang sempit
iii)pesawat badang sempit dan kapal terbang kecil(penerbangan jarak dekat)
4. LORI
-Lori merupakan kenderaan yang komersial untuk mengangkat barang dengan kuantiti yang besar di jalan raya. Istilah lori yang digunakan di dalam Bahasa Melayu dipinjamkan daripada Bahasa Inggeris British "lorry" manakala perkataan trak dipinjamkan daripada Bahasa Inggeris Amerika. Secara umumnya, istilah lori lebih banyak merujuk kepada lori-lori sederhana dan berat manakala istilak trak adalah lebih umum dan merangkumi semua jenis lori.
5. BAS
-Bas merupakan sebuah kenderaan jalan raya yang besar serta direka bentuk untuk membawa penumpang yang ramai sebagai tambahan kepada pemandu dan kadang- kadang konduktor bas. Perkataan bas berasal daripada perkataan latin ombinus yang bermaksud untuk semua.
Jenis bas:
i) bas antara bandar
ii)bas shuttle
iii)bas persiaran
iv)bas pekerja
v) bas sekolah
vi)bas ekspress