Sunday, 6 December 2015

Kisah Pengorbanan Seorang Ayah

        Di sebuah kampung kecil terdapat sebuah keluarga yang terdiri daripada bapa ibu dan anak. Ibu bapa tersebut hanya memiliki seorang anak tunggal lelaki yang bernama Irfan. Ibunya telah meninggal dunia sekitar satu tahun yang berlalu disebabkan kanser paru-paru. Manakala ayahnya bekerja sebagai pekerja biasa di sebuah kilang yang berada di luar perkampungan mereka. Hanya ada Irfan dan ayahnya yang tinggal bersama dengan bahagia walaupun ibunya telah meninggal dunia. Irfan merupakan budak lelaki yang berumur 10 tahun dan sedang belajar di sekolah kebangsaan yang berada di kampung tersebut semasa ibuny meninggal. Irfan merupakan salah seorang pelajar di tahun 4 Merah. Keluarga Irfan merupakan keluarga yang cukup sederhana.

         Walau bagaimanapun, ayahnya sangat menyayanginya dan membawanya ke pasar di pekan pada setiap akhir minggu. Selain itu, mereka sering pergi ke taman, pantai, kebun dan tempat lainnya. Irfan merupakan satu-satunya anak yang dimiliki oleh ayahnya sehingga beliau sangat menyayanginya lebih lagi ibunya sudah meninggal. Ayahnya selalu bekerja di sebelah pagi sehingga petang,begitu juga dengan Irfan yang bersekolah pagi sehingga siang.

          Pada suatu hari, ayahnya mengajak Irfan ke tempat kerjanya yang berdekatan dengan halaman perkampungannya itu. Perjalanan ke tempat kerja ayahnya harus menaik bus yang mengambil masa selama sejam ke hujung perkampungan. Pada saat sampai ke kilang tersebut, Irfan berasa gembira dan seronok melihat ramai orang yang bekerja di situ serta terperanjat melihat kereta mewah yang pernah Irfan melihat dalam iklan surat khabar di sekolahnya. Irfan telah bertanya kepada ayahnya bahawa kereta tersebut merupakan milik siapa dan ayahnya memberitahu bahawa kereta tersebut merupakan milik majikannya. Ayahnya juga membawa Irfan ke dalam kilang tersebut untuk menunjukkan suasana dan persekitaran kerjanya. Akhirnya Irfan dapat merasakan perasaan ayahnya yang bekerja di kilang. Irfan sangat gembira dengan perjalanan dan pengalaman pertamanya yang melawat ke kilang yang ayahnya bekerja. Selepas melawat di kilang tersebut, ayahnya membawa dia untuk bermain di sebuah taman permainan yang berdekatan dengan kilangnya. Setelah itu, ayahnya mengajak Irfan untuk pulang ke rumah dan mereka pun pergi ke stesen perhentian bas.

       Setelah beberapa tahun, Irfan pun telah menamatkan pelajarannya di sekolah menengah dan mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke universiti di mana Irfan akan meninggalkan ayahnya buat kali pertama demi pelajarannya. Ayahnya berasa sungguh sedih tetapi di samping itu ayahnya juga berasa gembira bahawa anaknya telah berjaya dalam langkah pertama kehidupan iaitu pembelajaran. Semakin lama Irfan berpisah dengan ayahnya semakin kesihatan ayahnya merosot. Tetapi ayahnya tiada sesekali pun menunjukkan bahawa kesihatannya semakin merosot kepada Irfan. Walaupun, Irfan belajar dalam kalangan pelajar yang kaya tetapi dia masih menyayangi dan menghargai jasa ayahnya.

           Selepas Irfan telah menamatkan pelajarannya, Irfan pun kembali ke kampungnya untuk mengunjungi ayahnya yang kurang sihat. Irfan telah membawa ayahnya ke hospital untuk pemeriksaan rapi. Doktor yang memeriksa ayahnya telah memberitahu Irfan suatu perkara yang mengejutkan. Setelah dengar kata-kata doktor tadi, Irfan segera leri ke bilik wad yang ayahnya berada dan memegang tangan ayahnya serta menangis dengan sekuat hati. Doktor tersebut beritahu Irfan bahawa ayahnya menghidap penyakit yang kronik dan tidak dapat disembuhkan dengan apa-apa jua ubat serta doktor juga beritahu bahawa ayahnya akan hidup untuk beberapa bulan sahaja. Hal ini disebabkan oleh ayahnya bekerja di kilang kimia yang mengeluarkan gas-gas yang berbahaya. Irfan baru teringat bahawa kilang yang dia melawat semasa kecil merupakan kilang kimia dan dia berasa sangat sedih kerana ayahnya sanggup mengorbankan kesihatan dan kegembiraannya demi membesarkan dan mendidik Irfan tanpa sebarang kekurangan.


    



No comments:

Post a Comment