Wednesday, 9 December 2015

Jentolak

SEJARAH PENGANGKUTAN

1. JENTOLAK
                                                                       
- Jentolak ialah dikeluarkan oleh syarikat pembinaan di Jerman. Jentolak mampu menghasilkan tenaga sebanyak 3000 hp dan digunakan dalam bidang perlombongan industri berat. Jentolak mula diperkenalkan pada 2009, mampu membawa kapasiti sebanyak 400 tan. Jentolak ini juga berukuran 4.88 meter tinggi dan 11.72 meter panjang.

2. JENTOLAK KREN.


- Sejarah jentolak kren agak sama dengan jentolak. Sejarah yang boleh wujudnya jentolak kren adalah kerana ahli pembinaan terfikir macam mana hendak mengurangkan tenaga pekerja yang digunakan untuk mengangkat barang terutamanya mengangkat barang yang berat di tempat yang                                                                       tinggi.
   
3. KAPAL TERBANG

- Sejenis pesawat yang digunakan untuk mengangkut manusia atau penumpang. Kapal terbang ini telah melancarkan penerbangannya yang pertama pada tahun 1913. Oleh itu, lahirlah sebuah penerbangan komersial. Kemudian, kapal terbang berkembang pesat selepas perang dunia ke-2. Jenis kapal terbang:

     i) pesawat badang luas(penerbangan jarak jauh)
     ii)pesawat badang sempit
     iii)pesawat badang sempit dan kapal terbang kecil(penerbangan jarak dekat)
   
4. LORI

-Lori merupakan kenderaan yang komersial untuk mengangkat barang dengan kuantiti yang besar di jalan raya. Istilah lori yang digunakan di dalam Bahasa Melayu dipinjamkan daripada Bahasa Inggeris British "lorry" manakala perkataan trak dipinjamkan daripada Bahasa Inggeris Amerika. Secara umumnya, istilah lori lebih banyak merujuk kepada lori-lori sederhana dan berat manakala istilak trak adalah    lebih umum dan merangkumi semua jenis lori.

5. BAS

-Bas merupakan sebuah kenderaan jalan raya yang besar serta direka bentuk untuk membawa penumpang yang ramai sebagai tambahan kepada pemandu dan kadang- kadang konduktor bas. Perkataan bas berasal daripada perkataan latin ombinus yang bermaksud untuk semua.
                                                Jenis bas:  
                                                          i) bas antara bandar
                                                          ii)bas shuttle
                                                          iii)bas persiaran
                                                          iv)bas pekerja
                                                          v) bas sekolah
                                                          vi)bas ekspress

Rejab. F.I

Rejab F.I
dilahirkan di kampung bongkok,
Padang Lati,Perlis pada 12 September 1941,
Beliau mula pendidikan di Sekolah Melayu Wantan,
kemudian bersambung di Sekolah Melayu Paya dan berakhir Sekolah Melayu Kangar.

Darah muda memerah keringat,
tidak kenal erti penat
supaya menjadi pedoman,
rakan dan taulan.

Dinobat sebagai tokoh penulis,
Seterusnya dinobatkan tokoh budaya,
Tokoh bahasa dan tokoh sastera,
Beliau juga berjaya menghasilkan majalah,
Itulah Rejab F.I.

Kedai berdinding buluh beratapkan nipah,
Tempat penghasilan puisi dan cerpen pertama beliau,
Walaupun menghadapi pelbagai cabaran dan kedugaan.

Menjadi wantan banyak masanya,
mengemas rumah bercucuk tanam,
sambil bersantai berhasil karya,
Itulah cerita wahai karyawan.




Sunday, 6 December 2015

Kisah Pengorbanan Seorang Ayah

        Di sebuah kampung kecil terdapat sebuah keluarga yang terdiri daripada bapa ibu dan anak. Ibu bapa tersebut hanya memiliki seorang anak tunggal lelaki yang bernama Irfan. Ibunya telah meninggal dunia sekitar satu tahun yang berlalu disebabkan kanser paru-paru. Manakala ayahnya bekerja sebagai pekerja biasa di sebuah kilang yang berada di luar perkampungan mereka. Hanya ada Irfan dan ayahnya yang tinggal bersama dengan bahagia walaupun ibunya telah meninggal dunia. Irfan merupakan budak lelaki yang berumur 10 tahun dan sedang belajar di sekolah kebangsaan yang berada di kampung tersebut semasa ibuny meninggal. Irfan merupakan salah seorang pelajar di tahun 4 Merah. Keluarga Irfan merupakan keluarga yang cukup sederhana.

         Walau bagaimanapun, ayahnya sangat menyayanginya dan membawanya ke pasar di pekan pada setiap akhir minggu. Selain itu, mereka sering pergi ke taman, pantai, kebun dan tempat lainnya. Irfan merupakan satu-satunya anak yang dimiliki oleh ayahnya sehingga beliau sangat menyayanginya lebih lagi ibunya sudah meninggal. Ayahnya selalu bekerja di sebelah pagi sehingga petang,begitu juga dengan Irfan yang bersekolah pagi sehingga siang.

          Pada suatu hari, ayahnya mengajak Irfan ke tempat kerjanya yang berdekatan dengan halaman perkampungannya itu. Perjalanan ke tempat kerja ayahnya harus menaik bus yang mengambil masa selama sejam ke hujung perkampungan. Pada saat sampai ke kilang tersebut, Irfan berasa gembira dan seronok melihat ramai orang yang bekerja di situ serta terperanjat melihat kereta mewah yang pernah Irfan melihat dalam iklan surat khabar di sekolahnya. Irfan telah bertanya kepada ayahnya bahawa kereta tersebut merupakan milik siapa dan ayahnya memberitahu bahawa kereta tersebut merupakan milik majikannya. Ayahnya juga membawa Irfan ke dalam kilang tersebut untuk menunjukkan suasana dan persekitaran kerjanya. Akhirnya Irfan dapat merasakan perasaan ayahnya yang bekerja di kilang. Irfan sangat gembira dengan perjalanan dan pengalaman pertamanya yang melawat ke kilang yang ayahnya bekerja. Selepas melawat di kilang tersebut, ayahnya membawa dia untuk bermain di sebuah taman permainan yang berdekatan dengan kilangnya. Setelah itu, ayahnya mengajak Irfan untuk pulang ke rumah dan mereka pun pergi ke stesen perhentian bas.

       Setelah beberapa tahun, Irfan pun telah menamatkan pelajarannya di sekolah menengah dan mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke universiti di mana Irfan akan meninggalkan ayahnya buat kali pertama demi pelajarannya. Ayahnya berasa sungguh sedih tetapi di samping itu ayahnya juga berasa gembira bahawa anaknya telah berjaya dalam langkah pertama kehidupan iaitu pembelajaran. Semakin lama Irfan berpisah dengan ayahnya semakin kesihatan ayahnya merosot. Tetapi ayahnya tiada sesekali pun menunjukkan bahawa kesihatannya semakin merosot kepada Irfan. Walaupun, Irfan belajar dalam kalangan pelajar yang kaya tetapi dia masih menyayangi dan menghargai jasa ayahnya.

           Selepas Irfan telah menamatkan pelajarannya, Irfan pun kembali ke kampungnya untuk mengunjungi ayahnya yang kurang sihat. Irfan telah membawa ayahnya ke hospital untuk pemeriksaan rapi. Doktor yang memeriksa ayahnya telah memberitahu Irfan suatu perkara yang mengejutkan. Setelah dengar kata-kata doktor tadi, Irfan segera leri ke bilik wad yang ayahnya berada dan memegang tangan ayahnya serta menangis dengan sekuat hati. Doktor tersebut beritahu Irfan bahawa ayahnya menghidap penyakit yang kronik dan tidak dapat disembuhkan dengan apa-apa jua ubat serta doktor juga beritahu bahawa ayahnya akan hidup untuk beberapa bulan sahaja. Hal ini disebabkan oleh ayahnya bekerja di kilang kimia yang mengeluarkan gas-gas yang berbahaya. Irfan baru teringat bahawa kilang yang dia melawat semasa kecil merupakan kilang kimia dan dia berasa sangat sedih kerana ayahnya sanggup mengorbankan kesihatan dan kegembiraannya demi membesarkan dan mendidik Irfan tanpa sebarang kekurangan.


    



Saturday, 5 December 2015

Isu Vape

Isu vape Malaysia Kesan keburukan,VS kebaikan Vape, Vape diharamkan atau bayar cukai?

        Malangnya semakin berita semasa terhadap satu video penerangan dan taklimat di Youtube yang dibuat oleh KKM sebalik isu vape Malaysia hanya dapat kurang 400 kali tontonan sahaja. Berbanding video kenyataan balas daripada kaki vape dan pemilik kedai vape Malaysia yang mendapat sambutan dan respon orang ramai. Sedangkan pada video penerangan KKM bagi berita semasa adalah satu video yang sangat baik untuk membantu orang ramai faham disebalik isu vape Malaysia ini termasuk kesan keburukan dan bahaya vape ini untuk jangka masa panjang.

        Tiada sekelumit ayat pun yang keluar daripada mulut daripada Datuk Dr Lokman Hakim Bin Sulaiman yang mengatakan mereka akan haram vape Malaysia apatah lagi mahu buat rampasan vape termasuk kepada liquid tanpa nikotin, tidak sama sekali. Haram atau tidak bukan bidang kuasa mereka tetapi kerajaan Malaysia. Jikalau ditanya Kementerian Kesihatan Malaysia, mereka mahu haramkan rokok, rokok elektronik dan vape. Malangnya kerajaan tidak ada “political will” sepertimana rokok diharamkan oleh kerajaan Brunei. Kerajaan Malaysia?

  • Kesan bahaya dan keburukan rokok hanya dapat dikesan selepas 100 tahun lamanya
  • KKM juga tidak mahu masalah tersebut berlaku kepada kalangan yang hisap vape Malaysia.
         Pada zaman sekarang, golongan pelajar sekolah, budak-budak, dan tidak lupa juga wanita pun pandai sudah vape kemudian diviralkan video mereka di Facebook, di Youtube, Instagram dengan perasaan bangga.

         Berdasarkan kenyataan Kementerian Kesihatan Malaysia sendiri disebalik isu vape Malaysia, kesan keburukan kepada masyarakat jauh lebih bahaya daripada kesan kebaikan yang dilaungkan pemilik kedai vape dan kaki vape sendiri. Itu sebablahsatu demi satu negara sudah mengumumkan vape diharamkan di negara mereka.
         Jadi, kerajaan memang perlu pantau dan ambil tindakan segera daripada peringkat awal lagi supaya vape ini bukan jadi satu budaya dan trend di Malaysia. Berita semasa juga tidak mahu budaya dan gejala vape Malaysia menjadi satu lagi penyakit sosial orang Melayu. Budaya 'TAKPE' jangan dibiarkan, takut-takut memakan diri kita semua.









Faktor-faktor dan langkah-langkah vandalisme

          Vandalisme merujuk kepada kegiatan manusia yang membinasakan harta benda awam dan juga harta benda orang lain. Kebiasaannya, orang yang melakukan vandalisme adalah orang yang emosinya terganggu dan keinginan melepaskan geram serta untuk menghilangkan kebosanan. Sejak akhir-akhir ini,gejala vandalisme semakin hari semakin meningkat. Hal ini menyebabkan masyarakat setempat untuk mengalami kesukaran dalam menggunakan infrastruktur awam pada masa lapang serta pada masa kecemasan.

           Faktor-faktor berlakunya gejala vandalisme adalah pengaruh rakan sebaya. Golongan remaja merupakan golongan yang mudah terpengaruh dengan rakan sebaya. Pada zaman persekolahan, rakan sebaya merupakan komponen utama dalam membentuk seseorang remaja. Hal ini disebabkan rakan sebaya merupakan individu yang akan meluangkan lebih masa dengan setiap remaja. Kebiasaannya, remaja yang terlibat dengan gejala vandalisme adalah remaja yang tidak mempunyai motif untuk belajar dan melakukan semua perkara untuk keseronakan semata-mata. Oleh itu, pemilihan rakan sebaya pada zaman persekolahan adalah sangat penting untuk kehidupan setiap remaja.

            Ibu bapa merupakan faktor yang kedua dalam mendorong anak-anak mereka ke arah melakukan gejala vandalisme. Gejala vandalisme yang ibu bapa melakukan adalah seperti tidak mematuhi undang-undang jalan raya. Hal ini akan menyebabkan anak-anak juga terikut dengan ibu bapa mereka dan tidak akan mematuhi undang-undang jalan raya seperti tidak mematuhi had laju di jalan raya. Sesetengah remaja yang terjebak dalam gejala vandalisme adalah berasal daripada keluarga yang bermasalah atau keluarga yang mengamalkan budaya hidup negatif. Hal ini disebabkan kurangnya kawalan dan bimbingan yang sepenuhnya daripada ibu bapa untuk mendidik anak-anak mereka.

            Selain itu, media massa juga mendorong kepada gejala vandalisme. Media massa mempunyai kuasa pengaruh yang sangat tinggi dan amat kuat . Hal ini kerana paparan yang ditayangkan dalam filem-filem ataupun rancangan-rancangan televisyen yang mempunyai unsur-unsur perlakuan ke arah vandalisme boleh mempengaruhi pemikiran remaja untuk melakukan vandalisme. Kebiasaannya, golongan remaja mudah terpengaruh dengan unsur-unsur negatif apatah lagi tanpa didik dan tunjuk ajar yang sewajarnya.

            Langkah-langkah yang boleh dilaksanakan untuk membanteras gejala vandalisme adalah penguatkuasaan undang-undang. Pihak berkuasa harus menguatkuasakan undang-undang supaya dapat mengurangkan gejala vandalisme yang semakin berleluasa. Undang-undang yang ditetapkan oleh pihak berkuasa haruslah berat hukumannya seperti penjara setahun atau denda lebih daripada RM1000 ataupun dikenakan kedua-duanya. Hal ini dapat menimbulkan perasaan takut dan tidak akan membuat hal seperti vandalisme. Tindakan yang tegas juga dapat menjadi satu pengajaran kepada remaja dan orang lain agar tidak membuat perkara yang sedemikiannya.

            Ibu bapa memainkan peranan penting dalam membina dan mendidik anak-anak mereka ke hala tuju yang betul. Ibu bapa juga perlu memberi tunjuk ajar tentang kepentingan harta benda awam serta menganggap harta benda orang lain adalah sama seperti harta sendiri. Secara langsung, anak-anak tidak akan melakukan gejala vandalisme disebabkan ibu bapa telah menerapkan nilai-nilaiyang sepatutnya dari kecil lagi. Selain itu, ibu bapa harus memberikan kasih sayang yang sepenuhnya kepada anak-anak mereka supaya anak-anak mereka tidak berasa bosan dan kekosongan di hati mereka. Oleh itu, ibu bapa harus menjaga perasaan dan mendidik anak-anak mereka sejak kecil lagi.

             Kesimpulannya, semua pihak harus berganding bahu untuk membanteras gejala vandalisme agar semua orang dapat menikmati kemudahan infrastuktur yang disediakan oleh pihak kerajaan. Walaupun masalah ini kelihatan remeh tetapi impak daripada kegiatan ini adalah sangat tinggi. Semua pihak khususnya masyarakat di negara ini perlu memainkan peranan dan bertindak segera dalam menangani gejala ini dan jangan sampai kita menyesal di kemudian hari, bak kata pepatah "Jangan sudah terhantuk barulah nak tengadah".